Dec 3, 2009

03 dis 2009

hari ini seperti biasa aku jalani aktiviti harian - bangun tido - mandi - pergi kerja (aduhai kerja berlambak perlu dibereskan)..sungai buloh hujan..semalam kawan aku hampir maut kerana hampir-hampir dipanah petir berikutan   hujan lebat. Nasib dia baik petir hanya menyambar tiang besi khemah tempat dia dengan rakan-rakan lain berteduh. 4-5 orang rakan lain turut terasa arus elektrik yang terhasil dari panahan petir tersebut, ada yang terduduk, kekejangan tangan..kawan aku ini yang paling kuat merasakan arus elektrik tersebut. kerongkong jadi kekeringan, mujur rakan-rakan lain yang berteduh di bangunan berdekatan cepat bertindak dengan membawa kawan aku itu ke hospital sungai buloh. Alhamdulillah, kawan aku itu tidak mengalami perkara yang lebih buruk.

No comments:

Post a Comment