Dec 21, 2009

Apa dikisah...

Apa dikisah pada matahari
jika bulan tidak kau hargai;
Apa dikisah pada siang
jika malam tidak kau syukuri;
Apa dikisah pada kemarau
jika hujan tidak kau jagai;
Apa dikisah pada kekayaan
jika harta tak kau hormati;
Apa dikisah pada hidup
jika mati tak pernah kau ingati;
Apa dikisah pada teman
jika sahabat tak kau hiraukan;
Apa dikisah pada semmua
jika semua itu tak pernah nak kau sedari...

Dec 10, 2009

some peoples around me..


mereka yang di sekeliling aku......
Posted by Picasa

Dec 8, 2009

MESTI BACA!!!

sebenarnya aku malam ni tak nak keluar..ingat nak tidur awal, tapi pejam mata, mata tak mahu pejam.. adoihai.. last-last keluar la jugak kat DePecah Periuk Restoran ni...de wi-fi kat sini..laju jugak speed dia..so, malam yang syahdu ni aku nak berkongsi beberapa cerita yang bagi aku cukup menarik..JANJI ALLAH..jangan le risau, bukan heavy punya tajuk ni..bukan nak ceramah agama, tapi sekadar berkongsi cerita yang terjadi kat aku...
Jom kita mula kan...
Firstly aku nak cerita bab rezeki..perkara ni jadi kat aku 2-3 kali..masa jumaat..camni cite dia. kt tempat aku kerja ni, makan tengah hari dah ada tukang masak, so aku ni pulak jenis yang tak suka berasak-asak kat masjid nanti..dah jadi kebiasaan aku, kalau g jumaat aku nak tengaok muka khatib masa khutbah..jadi lepas keluar dari pejabat aku g mandi dulu, masa nak gerak ke masjid aku akan cakap kat diri aku, lepas jumaat kang baru makan, kalau de rezeki laa sebab kawan-kawan lain dah sebat dulu..tapi tak apa aku tak kisah, kalau ada rezeki tak kan kemana punya...lepas je aku abeh sembahyang aku singgah kat dewan makan tu, nah!kan aku dah agak..ada lauk punya, tapi kalau kata rendang ayam tu, yang tinggal cuma rempah je laa.. tapi tak apa, aku bedal je sebab ni rezeki aku hari ini..tengah sedap aku balun 'rempah' rendang ayam tu sambil mengelamun yang entah apa-apa,tup-tup keluar tukang masak sambil menjerit lalu berkata la dia yang berbunyi "woi! pae ada ko?? meh sini, kat dalam ni de lauk lagi..tengok!!kan aku dah cakap, kalau da rezeki aku tu,mesti ada punya, siap ngan lauk extra lagi si tukang masak tu wat..Alhamdulillah...moralnya disini, jangan kita risau sangat pasal makan-makan ni..insyaallah kalau da rezeki kita, mesti ada..sabar je..
Ok, sekarang nak cerita bab tolong pulak..jadi masa bulan puasa hari tu..aku dengan kawan pejabat aku si naim buat laa permohonan cuti raya..sambil-sambil buat tu timbul la cerita dulu-dulu zaman nakal menyusahkan mak bapak..dia dengan kisah dia, aku dengan kisah aku..terbahak-bahak le kami ketawa.. haha..tapi tak melampaui batas tau! nanti batal lak pose..lepas siap isi borang cuti,kami bagi kat kawan aku yang sorang lagi..pak tam..sebab dia yang akan mengusung borang cuti ni..keje dia..selang bape hari pastu, si naim tak ada kat pejabat..tinggal aku sorang je..tengah asyik masyuk buat kerja, maklum le nak cuti raya dah..keasyikan aku tu terganggu oleh pekikan hon motor yamaha LC-135 pak tam..potong stim betul laa.. aku pun g la dapatkan pak tam..ingat pe ke halnya..rupa-rupanya pak tam nak collect RM2 seorang sebab orang 'atas-atas' nak soh beli pen dakwat basah..adoihai..macam-macam la peel nya dia orang ni..tak pe laa, aku bagi pn bagi le..terlintas kat otak aku ni pasal si naim.. "tak pe la, aku bayarkan skali naim punye, dia pun selalu jugak tlg aku.." cam tu le lebih kurang ayat pasif yang aku guna..tak bape lama kemudian.. JENG-JENG !!!jap minum air jap..tak lame pastu si naim ni pun blk ke pejabat...dengan senang hatinya dia cakap, tadi dia g beli kad 'touch n go' yang baru..so dia pun tanye aku.."ko nak tak yang lama ni ??" "leh jugak, ko nak kira bape dengan aku yang lama ni?..dah tak ada duit dalam ni baru ko nak jual kat aku??" kata aku berseloroh..si naim jawab "tak payah bayar, amek je, ada RM12 lg dalam tu"...Tengok!! dengan RM2 tadi aku tolong bayarkan untuk si naim,(sampai sekarang naim tak tau aku da bayarkan untuk dia) ALLAH dah bagi balik..5X ganda..Alhamdulillah..
yang satu lagi ni jadi 2-3 hari lepas..kat De Pecah Periuk ni tempatnya.. gini..masa aku datang kat kedai ni, selalunya aku akan order makan sekali..lepas puas meng'internet'kan diri aku, aku pn angkat kaki nak balik sebab besoknya aku kerja..aku makan nasi goreng, rokok Sampoerna A 14s dan air nescafe tarik.. bila nak bayar, abang tokeh ni kira RM9.++..terkejut aku!nape murah sangat ni? aku pun tanya la abang tokeh ni "rokok abg dah kira ke?'.."dah"jawab dia serba ringkas..dengan penuh kehairanan dan persoalan, aku pun bayar je laa..sampai aku kat rumah pun aku dok fikir lagi..nape le murah sangat aku belanje malam ni.. congak punya congak, aku rasa abg tokeh ni tak kira aku pun nasi tadi agaknya..tak pe, besok malam aku bayar harga nasi tu..pada malam esok nya tu, aku g laa kat kedai membawa bersama laptop kesayangan aku ni..aku tanya abg tokeh tu..kena tanya dulu bro!..sah! budak yang ambil order semalam tak tulis nasi goreng dalam kertas order tu....aku kang abg kira sekali...kata aku..Roger kata abg tokeh..tengah sedap melayari internet sambil menikmati juadah nasi goreng,kawan aku si Awang muncul dengan tiba-tiba nya..dia dari kajang, saja datang nak jenguk rumah dengan ikan dia kat rumah sini..(aku lah penjaga rumah dia)hati-hati kepada sesiapa yang berani buat onar kat rumah tu!! nanti aku sumpah jadi water vending machine! dia pun makan order jugak makan..lepas huha-huha borak dengan dia, Awang cakap nak gerak dah.. dia bayarkan aku punya makan sekali..Tengok!!rezeki aku, ingatkan malam tu perbelanjaan aku lebih sikit sebab nak bayar  balik nasi semalam, last-last bila aku tanya abg tokeh tu, dia cakap aku punya makan tadi dah settle.. aku tanya dia yang semalam punya? abg tokeh cakap "belum"..so, aku pun bayar yang semalam punya je.. Alhamdulillah..
moral dari sini sentiasa la kita berbuat kebaikan tanpa balasan..JANJI ALLAH itu pasti!!jangan sesekali diragui.. Assalamualaikum...

Dec 6, 2009

G-Force dalam sub Malay..

salam..hari ini aku suka nak berkongsi cerita animasi tajuk G-Force yang subtittle nya aku dah buat kat.. tapi, ia bukan 100% betul..cuma aku ikut citarasa aku..aku harap sape-sape yang tengok boleh enjoy cite ni.. bagi mereka yang boleh faham BI aku rasa xyah la susah nak baca sarikatanya tu..bagi yang x bape faham macam aku ni, moga-moga faham la ye..bukan apa, sekurang-kurangnya tak le menganga mulut tengok cite tapi x faham pe yang dorang cakapkan..tpi ni part1 je..part lain masih dalam progress..yang ni pun baru siap td je.. penat gak, tapi aku seronok wat benda ni..aku guna windiows movies maker je..untuk kawan-kawan yang suka dok umah cam aku, leh wat benda ni..kalau interested laa..sebab kadang-kadang bosan gak..whatever pun, i hope this video can help you all to enjoy the animation dengan subtittle melayu, aku guna bahasa pasar je ni... tunggu part2 akan datang......tp kena cari kat YOUTUBE.. aku dah upload dah..

Dec 4, 2009

indah, jika kembali

Indah, jika kembali…
Indah, jika kembali harus bagaimana?.. bagaimana mencari indah.. jika tiada dirasakan indah, bagaimana? Kaburkah dunia?..indah sangat berharga; terlalu berharga sehingga boleh lupa seketika detik desir waktu mengengsot berlalu meninggalkan baki-baki masa...indah, jangan kau hilang dimata, rosak semua benda jika kau hilang walau seketika..indah itu tetap indah walau dimana walau apa pun jua..seketika merasa indah bagai sekelip mata menikmatinya..indah itu seperti detik jarum saat masa yang terlalu pantas gerinya..hingga mampu melintasi jarum lainnya setiap 60 detik kiraannya..indah itu rindu yang takkan sudah walau dimamah setiap detik ruang masa..bagaimana harus aku ungkapkan indah itu?.. kerana indah terlalu indah bagiku...pabila indah itu bertapak dimata hati, ia terus duduk diam disana..tiada yang indah lainnya..bagaimana aku tanpa indah??? Setiap saat berlalu masa, indah belum pernah hilang di kotak minda..cantik di pandang menjadi hambar dan tawar..umpana kopi yang tiada gula dan susunya..lebah tanpa madunya..setiap masa indah menjelma pasti debar akan turut sama hadirnya.. kenapa harus indah?soalan yang sesak di jawab kerana tiada kata dapat diucap, tiada rasa dapat dijamah..indah yang teristimewa..hadir tanpa diduga..indah jika kembalinya...dunia ana yang punya..malam semakin panjang bila indah tiada bersama..walau apa pun indah itu aku rasa..hanya aku yang tahu merasakannya kerana aku perlukan indah untuk melihat warna-warna dunia...indah seindah warna-warna yang menghiasi segala ruang di pelosok bumi..tiada warna akan bosan yang dirasa..semua tampak sama..hitam dan putih..sungguhpun hitam putih adalah sebahagian warna namun tidak sekali seindah warna-warni si warna...setiap hala pandangan mata, pasti warna-warni menghiasi  sekitarnya..begitulah indah yang selalu aku damba..inginkan yang indah-indah...walau tiada pastinya tapi mungkin ada tentunya..telah di cuba berbagai cara indah saja yang dicarinya.....indah jika kembali..kembalilah...jika ia indah.......//

Dec 3, 2009

03 dis 2009

hari ini seperti biasa aku jalani aktiviti harian - bangun tido - mandi - pergi kerja (aduhai kerja berlambak perlu dibereskan)..sungai buloh hujan..semalam kawan aku hampir maut kerana hampir-hampir dipanah petir berikutan   hujan lebat. Nasib dia baik petir hanya menyambar tiang besi khemah tempat dia dengan rakan-rakan lain berteduh. 4-5 orang rakan lain turut terasa arus elektrik yang terhasil dari panahan petir tersebut, ada yang terduduk, kekejangan tangan..kawan aku ini yang paling kuat merasakan arus elektrik tersebut. kerongkong jadi kekeringan, mujur rakan-rakan lain yang berteduh di bangunan berdekatan cepat bertindak dengan membawa kawan aku itu ke hospital sungai buloh. Alhamdulillah, kawan aku itu tidak mengalami perkara yang lebih buruk.

Nov 30, 2009

cara mudah menghadapi kritikan pedas

Cara Mudah Menghadapi Kritikan Pedas
          Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia, acapkali mendapat cacian cercaan dari orang-orang pandir yang tidak berakal. Maka, apalagi saya, Anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika Anda seseorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka Anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Mungkin pula, sesekali Anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang lain.
          Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik Anda sebelum Anda masuk ke dalam liang bumi, menaiki tangga ke langit dan berpisah dengan mereka. Adapun bila Anda masih berada di tengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka membuat Anda bersedih dan menitiskan air mata, atau membuat tempat tidur Anda selalu rasa gerah.
          Perlu diingat, orang yang duduk atas tanah tak akan pernah jatuh dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun mereka, marah dan kesal kepada Anda adalah kerana mungkin Anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk atau harta. Jelasnya, Anda di mata mereka adalah orang yang berdosa yang tak terampun sampai Anda melepaskan semua kurnia dan nikmat Allah yang ada pada diri Anda atau sampai Anda meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang selama ini Anda pegang teguh. Dan menjadi orang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka inginkan dari diri Anda.
          Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan dari mereka. Bersikaplah laksana batu cadas; tetap kukuh berdiri meski ditimpa butiran-butiran salju yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh keranannya. Ertinya, jika Anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan Anda. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau memberi respon kritikan mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik. Acuhkan saja mereka, dan jangan pernah merasa tertekan oleh setiap upaya mereka untuk menjatuhkan Anda. Sebab, kritikan mereka yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk Anda. Yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang Anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu. Betapapun, Anda akan kesulitan membungkam mulut mereka dan menahan gerakan lidah mereka. Yang Anda mampu adalah hanya mengubur dalam-dalam kritikan mereka, mengabaikan solah-polah mereka pada Anda dan cukup mengomentari setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah, {Katakalah (kepada mereka): “Matilah kamu kerana kemarahanmu itu.”} (QS: Ali Imran: 119)
          Bahkan, Anda juga dapat ‘menyumpal’ mulut mereka dengan ‘potongan-potongan daging’  agar diam seribu bahasa dengan cara memperbanyak keutamaan, memperbaiki akhlak dan meluruskan setiap kesalahan Anda. Dan bila Anda ingin ddi terima oleh semua pihak, dicintai semua orang dan terhindar dari cela, bererti Anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan

Petikan dari buku La Tahzan- jangan bersedih...

jangan mengharapkan "terima kasih" dari seseorang


Jangan mengharapkan “Terima Kasih” dari seseorang
          Allah menciptakan setiap para hambanya agar selalu mengingat-Nya, dan Dia menganugerahkan rezeki kepada setiap mahluk ciptaan-Nya agar mereka bersyukur kepada-Nya. Namun, mereka justeru banyak yang menyembah dan bersyukur kepada selain Dia.
          Tabiat untuk mengingkari, membangkang dan meremehkan suatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu, Anda tak perlu hairan dan resah bila mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah Anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah Anda tunjukkan. Lupakan saja bakti yang telah Anda persembahkan. Bahkan, tak usah resah bila mereka sampai memusuhi Anda dengan sangat keji dan membenci Anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana Anda telah berbuat baik kepada mereka.
{Dan, mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya) kecuali kerana Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan kurnia-Nya kepada mereka.} (QS: At Taubah: 74)
          Cuba Anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! dalam salah satu babnya diceritakan: syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. Ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi orang yang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan, mahu bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apabila dewasa, ketika sudah berkumis lebat dan kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak dan derhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, ia tunjukkan dengan perkataan dan juga perbuatan.
          Kerana itu, siapa saja kebaikannya diabaikan dan dilecehkan oleh orang-orang yang menyalahi fitrahnya, sudah seyogyanya mengahadapi semua itu dengan kepala dingin. Dan, ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Dzat Yang Perbendaharaan-Nya tidak pernah habis dan sirna.
          Ajakkan ini bukan untuk menyuruh Anda meninggalkan kebaikan yang telah Anda lakukan selama ini atau agar Anda sama sekali tidak berbuat baik kepada orang lain. Ajakkan ini hanya ingin agar Anda tak goyah dan terpengaruh sedikit pun oleh kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang telah Anda perbuat. Dan janganlah Anda pernah bersedih dengan apa saja yang mereka perbuat.
          Berbuatlah kebaikan demi Allah semata, maka Anda akan menguasai keadaan, tak pernah terusik oleh kebencian mereka dan tidak pernah berasa terancam oleh perlakuan mereka. Anda harus bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekitar Anda berbuat jahat. Dan, ketahuilah bahawa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah.
{Sesungguhnya kami menberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak mengharapkan balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.} (QS: Al Insan: 9)
          Masih banyak orang berakal yang sering hilang kendali dan menjadi kacau fikirannya saat menghadapi kritikan atau cercaan pedas dari orang-orang sekitarnya. Terkesan, mereka seolah-olah belum mendengar wahyu Illahi yang menjelaskan dengan terang tentang perilaku golongan manusia yang selalu mengingkari Allah. Dalam wahyu itu dinyatakan:
{Tetapi setelah Kami menghilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.} (QS: Yunus: 12)
          Anda tak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada Anda. Dan Anda tak perlu kaget, bila orang yang Anda beri tongkat untuk mengiring domba gembalaannya justeru memukul tongkat itu ke kepala Anda. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung dan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan Anda.

Petikan dari buku La Tahzan- jangan bersedih...

Nov 18, 2009

La Tahzan - Jangan Bersedih (4)

Yang Berlalu Biar Berlalu

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berfikir, bekas-bekas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam ‘ruang’ penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam ‘penjara’ pengacuhan selamanya. Atau, diletakkan dalam ruang yang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, kerana masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya kembali, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu mengubahnya menjadi terang dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali. Kerana ia memang sudah tiada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tampat terbitnya, seorang bayi ke dalam perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu dan air mata ke kelopak mata? Ingatlah keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali masa lalu hanya akan memupukan masa depan, mengendurkan semangat dan mensia-siakan waktu yang sangat berharga. Dalam al-Quran, setiap kali usai menerangkan kondisi sesuatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan “itu adalah umat yang lalu”. Begitulah, ketika sesuatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali zaman dan memutar kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menepuk tepung atau orang yang menggergaji serbuk kayu. Syahdan, nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya demikian: “janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya”. Dan konon, orang yang mengerti bahasa bintang, sekawanan bintang sering bertanya kepada seekor keldai begini, “mengapa engkau tidak menarik gerabak?”. “aku benci khayalan” jawab keldai.

Adalah bencana besar manakala kita mengabaikan masa depan dan justeru hanya kesibukkan oleh masa lalu. Itu, sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana yang indah dengan sibuk meratapi puing-puing yang telah lapuk. Padahal, betapa pun seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu. Nescaya mereka tidak akan pernah mampu. Sebab, yang demikian itu sudah mustahil pada asalnya.

Orang yang berfikiran jernih tidak akan pernah melibat dan sedikit pun menoleh kebelakang. Pasalnya, angin akan selalu berhembus ke depan, air akan mengalir ke depann setiap kafilah akan berjalan ke depan dan segala sesuatu akan bergerak maju ke depan. Maka itu, janganlah melawan sunnah kehidupan!

Petikan dari buku La Tahzan- jangan bersedih...

La Tahzan - Jangan Bersedih (3)

Hari Ini Milik Anda

Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu petang tiba. Hari inilah yang akan kamu jalani, bukan hari kemarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari Anda dan siangnya menyapa Anda inilah hari Anda.

Umur Anda, mungkin tinggal hari ini. Maka, anggaplah masa hidup Anda hanyalah hari ini atau seakan-akan Anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup Anda tak akan tercabik-cabik diantara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pada hari ini pula, sebaiknya Anda mencurahkan sepenuh perhatian, kepedulikan dan kerja keras. Pada hari inilah, Anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang khusyu’, bacaan al-Quran yang sarat tadabbur, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam semua hal, keindahan akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah telah beri, perhatian terhadap alam sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta perbuatan baik terhadap semua.

Pada hari dimana Anda hidup, saat inilah sebaiknya Anda membahagikan waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratus bulan. Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini. Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari ini. Ber-istighfar-lah atas semua dosa, ingatlah selalu kepada-Nya, bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan! Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu dan jabatan Anda hari ini dengan penuh keredhaan.

{Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur}

(QS:Al-A’raf : 144)

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan. Kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian.

Jangan lupa, hendaklah Anda goreskan pada dinding hati Anda satu kalimat (bila perlu Anda tulis pula di atas meja kerja Anda): HARIMU ADALAH HARI INI. yakni, bila hari ini Anda dapat memakan nasi hangat yang harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah Anda makan kelmarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan Anda?

Jika Anda dapat minum air jernih dan segar pada hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air asin yang Anda minum kelmarin atau mengkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi?

Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: Aku hanya akan hidup pada hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.

Dan itu, akan membuat Anda berkata dalam hati. “Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja. Tak bercakap kotor dan jelik yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, mengherdik dan juga membicarakan kejelekan orang lain. Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat agar tidak serabut dan bergolak. Dan kerana hanya ini saja aku hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tanduk ku.”

Kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat sunat nafilah, berpegang teguh pada al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.

Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan berikut ranting-rantingnya yang berduri, baik sifat takabur, ujub, riak dan buruk sangka.

Hanya hari ini aku dapat menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantarkan jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang sesat, memberi makan orang yang kelaparan, menolong orang yang sedang kesulitan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi orang yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak-anak kecil dan berbakti kepada orang tua.

Aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan, “Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi.”

“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak akan ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”

“Hari ini milik Anda”, adalah ungkapan yang paling indah dalam ‘kamus kebahagiaan’. Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.

Petikan dari buku La Tahzan-jangan bersedih...

Nov 11, 2009

La Tahzan - Jangan Bersedih (2)

Fikirkan dan Syukurilah

Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada Anda. Kerana Dia telah melipatkan nikmat-Nya dari ujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

{jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.}

(QS: Ibrahim :34)

Kesihatan badan, keamanan negara, sandang pangan, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, Anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyedarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

{Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin} (QS: Luqman:20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

{Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?} (QS: Ar Rahman:13)

Apakah Anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang sepele, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah Anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekeliling Anda masih banyak yang tidak boleh tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Pernahkah Anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman sejuk di saat masih banyak orang di sekeliling Anda yang tidak boleh makan dan minum kerana sakit?

Cubalah fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan Anda dari ketulian. Cuba renungkan dan raba kembali mata Anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit Anda yang terbebas dari penyakit lepra dan sopak. Dan renungkanlah betapa dahsyatnya fungsi otak Anda yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin menukar mata Anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah Anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah Anda, hingga Anda menjadi bisu? Mahukah Anda menukarkan kedua tangan Anda dengan untaian mutiara, sementara tangan Anda kudung?

Begitulah, sebenarnya Anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi Anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih dan gelisah, meski pun Anda masih mempunyai nasi yang hangaat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang tidur pulas, dan kesihatan untuk terus berbuat.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga Anda pun lupa mensyukuri yang telah ada. Jiwa Anda tergoncang kerana kerugian materi yang mendera. Padahal, sesungguhnya Anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, karunia, kenikmatan dan lain sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian syukurilah!

{Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.} (QS: Adz Dzariyat :21)

Petikan dari buku La Tahzan- Jangan Bersedih

La Tahzan - Jangan Bersedih (2)

Fikirkan dan Syukurilah

Ertinya, ingatlah setiap nikmat yang Allah anugerahkan kepada Anda. Kerana Dia telah melipatkan nikmat-Nya dari ujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki.

{jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.}

(QS: Ibrahim :34)

Kesihatan badan, keamanan negara, sandang pangan, udara dan air, semuanya tersedia dalam hidup kita. Namun begitulah, Anda memiliki dunia, tetapi tidak pernah menyedarinya. Anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

{Dan, Dia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu lahir dan batin} (QS: Luqman:20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

{Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?} (QS: Ar Rahman:13)

Apakah Anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu sesuatu yang sepele, sedang kaki acapkali menjadi bengkak bila digunakan jalan terus menerus tiada henti? Apakah Anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu sesuatu yang mudah, sedang keduanya bisa saja tidak kuat dan suatu ketika patah?

Maka sedarilah, betapa hinanya diri kita tertidur lelap, ketika sanak saudara di sekeliling Anda masih banyak yang tidak boleh tidur kerana sakit yang mengganggunya?

Pernahkah Anda merasa nista manakala dapat menyantap makanan lazat dan minuman sejuk di saat masih banyak orang di sekeliling Anda yang tidak boleh makan dan minum kerana sakit?

Cubalah fikirkan, betapa besarnya fungsi pendengaran, yang dengannya Allah menjauhkan Anda dari ketulian. Cuba renungkan dan raba kembali mata Anda yang tidak buta. Ingatlah dengan kulit Anda yang terbebas dari penyakit lepra dan sopak. Dan renungkanlah betapa dahsyatnya fungsi otak Anda yang selalu sihat dan terhindar dari kegilaan yang menghinakan.

Adakah Anda ingin menukar mata Anda dengan emas sebesar gunung Uhud, atau menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah Anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah Anda, hingga Anda menjadi bisu? Mahukah Anda menukarkan kedua tangan Anda dengan untaian mutiara, sementara tangan Anda kudung?

Begitulah, sebenarnya Anda berada dalam kenikmatan tiada tara dan kesempurnaan tubuh, tetapi Anda tidak menyedarinya. Anda tetap merasa resah, suntuk, sedih dan gelisah, meski pun Anda masih mempunyai nasi yang hangaat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang tidur pulas, dan kesihatan untuk terus berbuat.

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga Anda pun lupa mensyukuri yang telah ada. Jiwa Anda tergoncang kerana kerugian materi yang mendera. Padahal, sesungguhnya Anda masih memegang kunci kebahagiaan, memiliki jambatan pengantar kebahagiaan, karunia, kenikmatan dan lain sebagainya. Maka fikirkanlah semua itu, dan kemudian syukurilah!

{Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.} (QS: Adz Dzariyat :21)

Petikan dari buku La Tahzan- Jangan Bersedih

La Tahzan - Jangan Bersedih (1)

Ya Allah!!

{semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.}

(QS: Ar Rahman : 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: “Ya Allah !”

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah binggung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: “Ya Allah !”

Ketika musibah menimpa, bencana melanda dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: “Ya Allah !”

Ketika pintu-pintu permintaan tertutup dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: “Ya Allah !”

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus san semua jalan pintas terbuntu, mereka pun menyeru: “Ya Allah !”

Ketika bumi terasa menyempit di keranakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh bebanan berat kehidupan yang Anda terpaksa pikul, menyerulah: “Ya Allah !”

Ku ingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam.. Ku sebut namaMu dengan lantang disaat fajar menjelang, dan fajar pun mereka seraya menebar senyuman indah...

Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgelanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadirat-Nya.

Setiap dinihari menjelang, tengadahkan kedua tapak tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arah-Nya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar. Demikianlah, dengan selalu menyebut nama-Nya, keyakinan akan kembali kukuh. Kerana,

{Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya} (QS: As Syura : 19)

Allah: nama yang paling bagus. Susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata yang sangat berharga

{Apakah kamu tahu ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?} (QS:Maryam:65)

Allah: milik-nya semua kekayaan, keabadian, kekuatan, pertolongan, kemuliaan, keampunan dan hikmah. {Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.}

(QS : Ghafir : 16)

Allah: dari-Nya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta dan kebaikan.

{Dan, apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).} (QS:An Nahl: 53)

Allah: pemilik segala keagungan, kemuliaan, kekuatan dan keperkasaan.

Betapapun kulukis keagungan-Mu dengan deretan huruf, Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arah, Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur, mencair di tengah keagungan-Mu, wahai Rabbku

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesengangan, jadikanlah kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakanlah rasa takut ini menjadi rasa tenteram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa ngantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata. Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secerah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan tentera-Mu.

Ya Allah, sirnakan kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.

Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada-Mu kami memohon, dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Petikan dari buku: La Tahzan-jangan bersedih...

Oct 19, 2009


moral dari kisah ini adalah janganlah kita lupa pada perkara yang lama kerana ia ada jasa yang kita tahu mahupun yang tersembunyi...dan apa yang penting, sayangi lah kaki anda. hahaha

Apr 9, 2009

gelagat iskandar bin baharin (anak buah aku)

haha..iskandar a.k.a "is" ni mmg byk pe'el dia..de je lawak dia nak wat..tp klu dia da lapar, mmg moody semacam..merenggek la,itu x kena la, ini x kne la..mcm2 le is ni...

Mar 29, 2009

20 sebatan

Insaflah wahai manusia yang masih berterusan melakukan kejahatan..Pedih ni kena rotan..nak baring pun susah lepas kena sebat. Tak ngeri ke bila tengok punggung dia jadi macam tu??..Jangan jadi macam tu..Amin..

a young girl disappear

haha..budak ni bukan hantu laa..cuma dia ada magic..boleh masuk ke dalam dinding. yang budak lelaki tu adik dia, bertindak sebagai bomoh yang power...enjoy the video!!!

Mar 26, 2009

Haha..tok kadi lak yg gelabah

Masa ini, sepupu aku punye husband akad nikah. Tok kadi leh gelabah lak..bukannya pengantin..haha..manusia biasa la katakan, memang de salah..tak gitu tok kadi?? hahaha

KLCC-mercu tanda


Malaysia. tak disangka dari sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Malaya kini pesat membangun. terima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu dan juga kepada semua penduduk di Malaysia ini, yang telah bersama-sama memajukan negara bertuah ini. Baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa usaha dari semua pihak dan perpaduan sesama kaum yang terkandung dengan berbagai bilang bangsa dan agama pastinya kita tidak akan dapat menikmati suasana seperti sekarang yang mempunyai kepesatan pembangunan.
Malaysia juga memjadi salah sebuah negara yang popular untuk dilawati. Ini jelas apabila kerajaan melaksanakan program "Malaysia trully Asia".
Banyak tempat boleh dikunjungi, lebih banyak lagi yang boleh diterokai. Malaysia Boleh!

Mar 25, 2009

sudah terhantuk baru tengadah(*mendonggak)

Sudah terhantuk baru terngadah (*mendonggak)

satu perumpamaan mengenai kejadian. yang membawa maksud apabila sesuatu perkara buruk telah terjadi barulah keputusan nak dibuat mengenai terjadinya perkara buruk tersebut. atau dengan kata lain baru hendak melaksanakan tindakan bagi menangani masalah tersebut.

Contoh ayat:
Pihak berkuasa tempatan akan memasang lampu isyarat di hadapan sekolah rendah tersebut bagi menggelakkan kejadian pelajar dilanggar oleh lori dari berulang.
"sudah terhantuk baru terngadah" kata si ibu mangsa yang anaknya terlibat dalam kemalangan ngeri di sekolah terbabit.

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Merujuk lebih kepada sifat seseorang. Yang mana seseorang yang kita lihat baik dari segalanya, itu yang kita nampak. Tetapi sifat sebenar orang tersebut kita tidak ketahui.
Selalunya bidalan ini digunakan sebagai amaran kepada seseorang terhadap seseorang yang lain.

Contoh ayat:
"Kamu tengok anak tok penghulu tu, baik je orangnya" kata si ibu kepada si anak.
lalu si anak yang berkawan baik dengan anak tok penghulu itu berkata. "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, mak"

Bertemu buku dengan ruas

Bertemu buku dengan ruas

Merujuk kepada seseorang atau kumpulan yang bertemu atau beradu tenaga atau berdepan sesama sendiri dan mempunyai kekuatan yang sama.
Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah sahaja tergolong dalam bentuk tenaga fizikal, ia juga tergolong dalam apa jua bentuk sama ada dari segi akal fikiran ataupun keadaan tubuh badan dan juga lain-lain

Contoh ayat:

Hang Jebat "bertemu buku dengan ruas" apabila Hang Tuah kembali untuk menghapuskannya kerana menderhaka kepada Sultan Melaka