Mar 29, 2009

20 sebatan

Insaflah wahai manusia yang masih berterusan melakukan kejahatan..Pedih ni kena rotan..nak baring pun susah lepas kena sebat. Tak ngeri ke bila tengok punggung dia jadi macam tu??..Jangan jadi macam tu..Amin..

a young girl disappear

haha..budak ni bukan hantu laa..cuma dia ada magic..boleh masuk ke dalam dinding. yang budak lelaki tu adik dia, bertindak sebagai bomoh yang power...enjoy the video!!!

Mar 26, 2009

Haha..tok kadi lak yg gelabah

Masa ini, sepupu aku punye husband akad nikah. Tok kadi leh gelabah lak..bukannya pengantin..haha..manusia biasa la katakan, memang de salah..tak gitu tok kadi?? hahaha

KLCC-mercu tanda


Malaysia. tak disangka dari sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Malaya kini pesat membangun. terima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu dan juga kepada semua penduduk di Malaysia ini, yang telah bersama-sama memajukan negara bertuah ini. Baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa usaha dari semua pihak dan perpaduan sesama kaum yang terkandung dengan berbagai bilang bangsa dan agama pastinya kita tidak akan dapat menikmati suasana seperti sekarang yang mempunyai kepesatan pembangunan.
Malaysia juga memjadi salah sebuah negara yang popular untuk dilawati. Ini jelas apabila kerajaan melaksanakan program "Malaysia trully Asia".
Banyak tempat boleh dikunjungi, lebih banyak lagi yang boleh diterokai. Malaysia Boleh!

Mar 25, 2009

sudah terhantuk baru tengadah(*mendonggak)

Sudah terhantuk baru terngadah (*mendonggak)

satu perumpamaan mengenai kejadian. yang membawa maksud apabila sesuatu perkara buruk telah terjadi barulah keputusan nak dibuat mengenai terjadinya perkara buruk tersebut. atau dengan kata lain baru hendak melaksanakan tindakan bagi menangani masalah tersebut.

Contoh ayat:
Pihak berkuasa tempatan akan memasang lampu isyarat di hadapan sekolah rendah tersebut bagi menggelakkan kejadian pelajar dilanggar oleh lori dari berulang.
"sudah terhantuk baru terngadah" kata si ibu mangsa yang anaknya terlibat dalam kemalangan ngeri di sekolah terbabit.

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Merujuk lebih kepada sifat seseorang. Yang mana seseorang yang kita lihat baik dari segalanya, itu yang kita nampak. Tetapi sifat sebenar orang tersebut kita tidak ketahui.
Selalunya bidalan ini digunakan sebagai amaran kepada seseorang terhadap seseorang yang lain.

Contoh ayat:
"Kamu tengok anak tok penghulu tu, baik je orangnya" kata si ibu kepada si anak.
lalu si anak yang berkawan baik dengan anak tok penghulu itu berkata. "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, mak"

Bertemu buku dengan ruas

Bertemu buku dengan ruas

Merujuk kepada seseorang atau kumpulan yang bertemu atau beradu tenaga atau berdepan sesama sendiri dan mempunyai kekuatan yang sama.
Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah sahaja tergolong dalam bentuk tenaga fizikal, ia juga tergolong dalam apa jua bentuk sama ada dari segi akal fikiran ataupun keadaan tubuh badan dan juga lain-lain

Contoh ayat:

Hang Jebat "bertemu buku dengan ruas" apabila Hang Tuah kembali untuk menghapuskannya kerana menderhaka kepada Sultan Melaka