Feb 19, 2010

aduh!!

Adoh! pedihnya




Suasana petang itu di ruang pejabat Mamat sangat riuh. Al- maklum la, semua orang dah sibuk-sibuk berkemas sebab nak balik kerja. Mamat tidak seperti mereka, dia lebih suka menghabiskan kerjanya jika perlu dan sebolehnya dia tak mahu tangguh sampai esok. Kerana baginya, esok tentu ada kerja lain yang perlu dibereskan. Dan dengan sikap ini, Mamat dianggap seorang yang rajin. Teman sepejabat cukup segan dengan Mamat, dia juga ringan tulang jika ada teman yang meminta tolong, dia pasti akan cuba untuk menolong. Begitulah Mamat bila berada di pejabat. Cuma nasib belum menyebelahi Mamat kerana setakat ini belum ada tawaran kenaikan pangkat untuknya lagi. “belum ada rezeki kot” bisik hati kecilnya.

Suasana di ruang pejabat telah senyap sunyi. Tiada lagi hilai tawa kedengaran kerana masing-masing telah keluar pulang. Tiba-tiba kesunyian itu di kejutkan dengan deringan telefon bimbit milik Mamat. Bunyi yang cukup memeritkan telinga kepada sesiapa yang mendengarnya, lebih-lebih lagi bunyi itu keluar dari telefon bimbit yang selayaknya di buat penyendal tayar kereta ketika pakir. Itulah Mamat, seorang yang suka pada kesederhanaan. Yang penting baginya telefon itu boleh di hubungi dan boleh menghubungi. Bukan Mamat tidak mampu untuk memiliki telefon bimbit yang canggih, tapi pada Mamat, belum ada keperluan untuknya membeli telefon yang lengkap serba- serbi. Bukan menolak teknologi, tapi belum sampai untuk dia menggunakannya. Sungguhpun begitu, Mamat sentiasa mengikuti perkembangan teknologi yang terbaru. Dia tidak mahu ketinggalan, tidak hairan kerana kawan-kawan Mamat yang menggunakan telefon bimbit canggih-manggih sering bertanyakan itu ini pada Mamat. Bila difikirkan semula, mereka ini lebih suka bergaya dari keperluan sebenar telefon bimbit canggih itu dicipta. “Membazir!!” fikir Mamat. Tapi kepada yang sememangnya ada keperluan untuk menggunakan aplikasi itu, ia memang amat memudahkan.

“Hoi!! Pukul berapa nak turun ni??” jeritan suara di hujung talian. “kejap, nak turun dah ni. Da cukup korum ke?” balas Mamat. “Da. Tinggal tunggu kau je la ni.” Balas suara di telefon itu kembali. “Ok. Roger. Jap lagi aku sampai” balas Mamat memberi kepastian kepada si pemanggil. “tuutt” talian di putuskan. “tunggu lah korang, hari ini korang pasti mendapat tentangan luar biasa dari aku” kata Mamat sendirian bagi menaikkan semangat juangnya. Tanpa berlengah masa, Mamat mencapai begnya lalu di sambarnya seluar baru berjenama terkemuka yang baru di beli ketika dia membeli kopi putih tempoh hari. Dengan rasa tidak sabar, Mamat mengambil senjata kesayangannya, “Fuh! Bergaya kau wahai senjata ku, dengan balutan pemegang baru berwarna merah jambu dan perisai BG 66 yang akan memantapkan setiap hanyunanku nanti. Mereka pasti akan menyesali kekalahan hari ini. Kau lah wiraku!” jerit Mamat sambil tangannya mengangkat tinggi raket badminton dengan sebelah kakinya di naikkan di atas kerusi dan memandang tepat kearah raketnya itu dengan penuh bangga. Persis seorang wira pedang.

Bergegas dia menuruni anak tangga, kalau boleh dia nak lompat je terus kebawah. Tapi takut terpatah pula kakinya nanti. Sesampai saja di pakir kereta, Mamat menghidupkan enjin keretanya. Lalu memecut laju keluar dari pakir. “jangan tiru aksi ini, aksi ini dilakukan oleh orang yang terlatih” jelas Mamat dengan tujuan mengingatkan. Jarak dewan badminton dengan pejabat Mamat tidaklah sejauh mana, cuma sekangkang kera je. Sebaik keluar dari keretanya, Mamat bergegas pula masuk ke dalam dewan badminton yang terletak berhadapan pejabatnya itu. Sebaik langkahannya menghampiri pintu masuk ke gelanggang, Mamat dapat mendengar teriakan namanya. “Mamat! Mamat! Mamat!” teriakan itu berbunyi. Mamat rasa terharu dengan teriakan itu. Dengan rasa bangga Mamat semakin menghampiri ke kawasan gelanggang. Tatkala dia terpacul di ruang legar, semua mata dirasakan melihatnya. Semangat juangnya semakin mendadak naik, berkobar-kobar jiwanya, tiba-tiba, dalam keriuhan itu Mamat terlihat suatu objek yang sedang terbang kearahnya. Mamat tidak sempat untuk mengelak, objek itu tepat mengenai mukanya. “adoi!” jerit Mamat menahan pedih dari objek yang dilemparkan. “oi hawau! apa yang kau tercegat tersengih lagi tu?, kau jangan nak berangan jadi bintang piala Thomas pulak!” kata si Sideen orang yang membuat panggilan tadi.

Berdesup-desup permainan mereka, setiap tujahan pukulan ‘smash’ dari pihak lawan disambut dengan senang, setiap helahan dibalas dengan kilasan yang mengelirukan oleh Mamat. Semua gelanggang penuh pada hari itu, ada yang dari jabatan kerajaan, pekerja industri, kelab persendirian dan banyak lagi. Semuanya menyewa di gelanggang itu kerana harganya yang rendah berbanding di tempat lain. Paling mencuri tumpuan dan menambahkan lagi semangat Mamat, gelanggang di sebelahnya adalah pelajar-pelajar perempuan yang belajar di kolej berhampiran. “comel-comel semuanya” rintih hati nakalnya. Mamat dapat rasakan yang dia menjadi tumpuan dari awek-awek itu. “kontrol hensem” kata hatinya lagi. Mamat dapat lihat dengan jelas pelajar-pelajar itu ada yang senyum-senyum, tersipu-sipu malu bilamana Mamat memandang atau menjeling kearah mereka. “piiaap” tujahan ‘smash’ dari Mamat dengan daya kelajuan 80m/s, membolehkan dia memenagi lagi set kali ini. bukan main bangga lagi Mamat bila seorang pelajar yang mukanya kemerahan bila Mamat menyapanya. Dengan kulit yang putih menyerlahkan lagi kemerahan mukanya. Mamat mengambil keputusan yang drastik, “mungkin ini masanya” kata hatinya. Dengan penuh gaya persis seorang juara yang mengungguli acara beregu, Mamat menghampiri perempuan itu. Semakin hampir, Mamat cuba mengawal kekacakkannya tak ubah seperti model lelaki yang sedang menggayakan seluar sukan. Tatkala Mamat meraba ke poket belakang seluar tersebut, dia menyedari sesuatu, “eh? tali apa pulak kat belakang ni??” bisik hatinya. Kini muka Mamat pula yang kemerahan. “adoh! aku pakai seluar terbalik la!!!” cakap Mamat didalam hati. Semakin merah muka Mamat. Tanpa berkata apa-apa, Mamat pusing semula ke arah beg raketnya dan tanpa banyak bicara Mamat menggalas beg tersebut lantas berlalu meninggalkan mereka yang berada disitu. Dengan langkah pantas Mamat mempercepatkan langkahnya, tapi seakan-akan jauh saja dia rasakan bilik persalinan. Dia tidak menghiraukan panggilan dari kawan-kawannya. “adoh malunya aku, budak-budak kolej tadi tengok aku bukanlah macam seorang juara tapi seperti maskot agaknya.” Fikir Mamat, Mamat terbayangkan maskot seekor kera yang sedang bermain badminton siap dengan berekor lagi. “adoh! Malang betul la hari ini” kata Mamat sambil meninggalkan kawasan dewan tersebut dengan rasa yang sungguh malu.



Pae...

Feb 7, 2010

kisah ngeri

Mengerikan




“Aduh! Apalah gerangannya mata ini tak mahu lelap ni..” keluh Mamat dari atas tilam empuk berspring itu. Entah kenapa malam ini matanya payah benar mahu dilelapkan. Beribu ekor kambing telah dibilang dalam fikirannya. “ikut petua” bisik hatinya sedikit kelucuan kerana ia tidak berjaya menunduk rapatkan matanya yang masih terkelip-kelip didalam sinar suram tengah malam. “Hmm..nak gugur, gugurlah nangka; jangan tertimpa dahan pauh, nak tidur,tidurlah mata; jangan dikenang orang yang jauh..” ucap Mamat yang dia sendiri tidak tahu bagaimana pantun itu boleh terpacul di bibirnya. “..tapi aku nak ingat dekat siapa?” rintihnya sedikit kecewa, kerana menurut catatan diari Mamat, tiada orang yang perlu dikenangnya apatah lagi orang yang bergelar awek.

Lepas sekali, sekali matanya berkelip, fikirannya asyik memikirkan mengapa malam ini susah benar matanya nak lelap. Selalunya, pantang saja badan dan kepalanya dicampakkan di atas bantal dan tilam berspring yang empuk itu, dalam seminit pasti Mamat dihanyutkan oleh mimpi-mimpi yang indah. Tapi itu tidak sekali terjadi padanya pada malam ini. Ini menambahkan kehairanan di kotak mindanya. Dalam keasyikan memikirkan masalah tidurnya malam itu, Mamat di sentakkan dengan satu bunyi yang agak pelik dari ruang dapur rumah sewanya. “klenting!” berbunyi lagi bunyian itu, Mamat memperamati bunyian itu. Ia seakan-akan bunyi gelas yang berlaga sesama sendiri. Tapi, yang menambah kehairanan Mamat, tiada siapa di rumahnya malam itu. “Eh? si Awang ni dah balik ke dari kursus? setahu aku bulan depan baru dia balik..” fikirnya. Dek kerana tidak berpuas hati dengan jawapannya sendiri, Mamat bingkas bangun dari perbaringan.

Dengan berhati-hati dan perlahan-lahan Mamat memulas tombol pintu biliknya dengan tujuan tidak mahu gerangan yang di dapur itu menyedari kehadirannya di dalam rumah. Terjengkit-jengkit kaki Mamat berjalan, persis si penghendap yang berjalan di belakang rumah orang untuk menghendap anak dara orang mandi. Tersenyum sendiri Mamat bilamana kenangan nakalnya di kampung dulu itu melintasi fikirannya. “klenting!” ia berbunyi lagi dan membuatkan Mamat kembali fokus kepada intipannya. Dari dalam kesuraman tengah malam itu, Mamat dapat melihat sesusuk tubuh yang kurus dan seakan berambut panjang di dapurnya sedang asyik bermain-main dengan gelas comel miliknya. Dengan pantas Mamat cuba menerpa kearah lembaga itu, namun belum pun sempat Mamat sampai ke terpaannya dia dikejutkan dengan pandangan yang menakutkan dari lembaga tersebut. “Mak! Tolong! Hantu!!” pekiknya. Lembaga tersebut terus menerpa kearah Mamat dengan hilai tawa nyaring bersenjatakan kuku yang panjang lagi tajam. “Arrrgh! Tidak!” jerit Mamat lagi, kini sepasang taring berada dekat dengan leher Mamat. “Ya Allah!” jerit Mamat dan bingkas bangun. “Laa, aku mimpi rupanya..”. “Nasib baik aku mimpi je” kata hatinya sedikit lega.

Lalu, dek kerana terperanjat, Mamat kehausan, diangkat punggungnya dari tilam menuju ke dapur untuk minum secangkir dua air masak lebihan dari bancuhan kopi putihnya tadi. Sesampai saja di dapur, Mamat dikejutkan sekali lagi dengan sesusuk tubuh yang sedang asyik bermain gelas comelnya. “Ah! sudah, apakah mimpi aku jadi kenyataan?” bentak hatinya ketakutan. Di beranikan diri, Mamat bergerak perlahan sambil terketar-ketar seram. Belum sempat Mamat menepuk bahu sesusuk tubuh itu, dia dilemparkan dengan pandangan yang amat menakutkan. Lebih menakutkan dari pandangan dalam mimpinya tadi. Mamat dipegang erat. Mamat kini tidak boleh bergerak. Sepasang taring yang amat runcing tajam telah tepat berada di lehernya. Tubuh Mamat dilepaskan, kini badannya pula yang menjadi sasaran, pedih Mamat rasakan bila kuku yang tajam itu mencakarnya. Dengan penuh semangat untuk menyelamatkan diri, Mamat mengumpul tenaganya dan.. “Nak! Rasakan tendangan aku” kata Mamat sambil kakinya dihayun kearah sesusuk tubuh itu. “bedebuk!” bunyi jatuhan Mamat dari tilamnya. “Laa mimpi jugak rupanya” kata Mamat dan bangun menggosok-gosok punggungnya yang kesakitan sambil kedengaran lagu “Umpama Mimpi Dalam Mimpi” nyanyian dari Damasutra yang menjadi penutup bagi mimpi-mimpi ngerinya tadi.

Pae...

Jan 27, 2010

kisah kopi putih

Cerita Kopi Putih




“Ah, alangkah bagusnya dikala malam sepi sesejuk salju nun di Amerika Utara sana ada yang meneman. Paling-paling tidak pun boleh dibancuhnya kopi panas beserta cekodok ikan bilis dan bawang.” Bisik hati Mamat yang tengah termenung menjengah ke luar. “perrgh! Memang sedap makan makanan yang macam tu di waktu-waktu begini.” Sambung kata hatinya.

Malam ini Mamat hanya tinggal seorang diri di rumah sewanya itu. Teman lainnya pergi berkursus di utara tanah air. Tinggallah dia seorang diri bertemankan ikan sepat dan patin di dalam akuarium yang baru dibersihkan semalam.

Malas melayan kata-kata hatinya, Mamat menjerang air panas untuk bancuhan kopi putih yang menjadi kegemarannya sejak akhir-akhir ini. apa yang sedap tentang kopi putih ni pun Mamat tak pasti, yang pastinya dia menggemarinya. “Hmm, apa aku nak buat malam ni? Semalam dah basuh akuarium, nak layan DVD semua dah tengok dah..” berkata-kata lagi hatinya. “nak keluar, malas pulak..time-time hujan ni leceh la nak keluar..” hatinya terus berkata-kata..

“Keletap!!” bunyi suis cerek air yang murah itu menandakan air yang dijerang tadi dah masak dan mematikan kuman-kuman yang tidak kelihatan dengan tahap kepanasan melebihi 100°C iaitu tahap didih yang mampu membunuh kuman-kuman jahat.

Tanpa berlengah, Mamat memulakan operasi membancuh kopi putih 3 dalam 1 dibelinya tempoh hari di pasaraya yang berlokasikan hanya 3 kilometer dari rumah sewanya itu. Mamat mengeluarkan 1 paket kopi putih dari bungkusan besar, lalu dengan penuh berhemat Mamat memotong hujung paket tersebut. Dicapainya dengan tangan kanan gelas comel kesukaannya. Pengunaan gelas ini amat penting baginya kerana akan menaikkan aroma dan keghairahan untuk menikmati kopi putih ini nanti.

Kemudian, sepenuh ketelitian, Mamat menuangkan serbuk kopi putih itu dan diketuk perlahan-lahan bagi memastikan tiada yang tersangkut dibucu-bucu paket itu. “rugi! Nanti tak sedap lak kopi putih aku ni!” katanya sendirian bagaikan orang yang hilang pedoman. Lalu tanpa menambah gula didalam kopi putih tersebut kerana mahu menjaga keaslian kopi putih itu dan secara tak langsung dapat menggelakan dari terkena penyakit kencing manis, Mamat menuangkan pula air panas yang masih berasap kedalam gelas tadi.

Dihidunya dalam-dalam aroma kopi putih tersebut. “Fuh! Seperti dijangkakan, memang best baunya” teriak kegirangan hati sanubarinya. Dengan penuh emosi keghairahan, Mamat memutar-mutarkan sudu yang telah berada didalam gelasnya sedari tadi lagi. Kacauan demi kacauan, sambil kerongkongnya menelan air liur yang ternyata tidak sabar untuk menikmati air kopi putih tersebut. “tahan! tahan! sikit je lagi nak siap ni..” bisiknya untuk menenangkan gelora dihati. Apabila kacauannya dirasakan telah secukup rasa, Mamat mengambil keputusan untuk menamatkan kacauannya. Dan hasilnya...

Nah! Inilah cara-cara penyediaan kopi putih 3 dalam 1 dari Mamat !

“terima kasih kerana membaca” ujarnya mematikan kata-kata ini sambil meneguk air kopi putihnya dengan kerakusan.

Pae...

Dec 21, 2009

Apa dikisah...

Apa dikisah pada matahari
jika bulan tidak kau hargai;
Apa dikisah pada siang
jika malam tidak kau syukuri;
Apa dikisah pada kemarau
jika hujan tidak kau jagai;
Apa dikisah pada kekayaan
jika harta tak kau hormati;
Apa dikisah pada hidup
jika mati tak pernah kau ingati;
Apa dikisah pada teman
jika sahabat tak kau hiraukan;
Apa dikisah pada semmua
jika semua itu tak pernah nak kau sedari...

Dec 10, 2009

some peoples around me..


mereka yang di sekeliling aku......
Posted by Picasa

Dec 8, 2009

MESTI BACA!!!

sebenarnya aku malam ni tak nak keluar..ingat nak tidur awal, tapi pejam mata, mata tak mahu pejam.. adoihai.. last-last keluar la jugak kat DePecah Periuk Restoran ni...de wi-fi kat sini..laju jugak speed dia..so, malam yang syahdu ni aku nak berkongsi beberapa cerita yang bagi aku cukup menarik..JANJI ALLAH..jangan le risau, bukan heavy punya tajuk ni..bukan nak ceramah agama, tapi sekadar berkongsi cerita yang terjadi kat aku...
Jom kita mula kan...
Firstly aku nak cerita bab rezeki..perkara ni jadi kat aku 2-3 kali..masa jumaat..camni cite dia. kt tempat aku kerja ni, makan tengah hari dah ada tukang masak, so aku ni pulak jenis yang tak suka berasak-asak kat masjid nanti..dah jadi kebiasaan aku, kalau g jumaat aku nak tengaok muka khatib masa khutbah..jadi lepas keluar dari pejabat aku g mandi dulu, masa nak gerak ke masjid aku akan cakap kat diri aku, lepas jumaat kang baru makan, kalau de rezeki laa sebab kawan-kawan lain dah sebat dulu..tapi tak apa aku tak kisah, kalau ada rezeki tak kan kemana punya...lepas je aku abeh sembahyang aku singgah kat dewan makan tu, nah!kan aku dah agak..ada lauk punya, tapi kalau kata rendang ayam tu, yang tinggal cuma rempah je laa.. tapi tak apa, aku bedal je sebab ni rezeki aku hari ini..tengah sedap aku balun 'rempah' rendang ayam tu sambil mengelamun yang entah apa-apa,tup-tup keluar tukang masak sambil menjerit lalu berkata la dia yang berbunyi "woi! pae ada ko?? meh sini, kat dalam ni de lauk lagi..tengok!!kan aku dah cakap, kalau da rezeki aku tu,mesti ada punya, siap ngan lauk extra lagi si tukang masak tu wat..Alhamdulillah...moralnya disini, jangan kita risau sangat pasal makan-makan ni..insyaallah kalau da rezeki kita, mesti ada..sabar je..
Ok, sekarang nak cerita bab tolong pulak..jadi masa bulan puasa hari tu..aku dengan kawan pejabat aku si naim buat laa permohonan cuti raya..sambil-sambil buat tu timbul la cerita dulu-dulu zaman nakal menyusahkan mak bapak..dia dengan kisah dia, aku dengan kisah aku..terbahak-bahak le kami ketawa.. haha..tapi tak melampaui batas tau! nanti batal lak pose..lepas siap isi borang cuti,kami bagi kat kawan aku yang sorang lagi..pak tam..sebab dia yang akan mengusung borang cuti ni..keje dia..selang bape hari pastu, si naim tak ada kat pejabat..tinggal aku sorang je..tengah asyik masyuk buat kerja, maklum le nak cuti raya dah..keasyikan aku tu terganggu oleh pekikan hon motor yamaha LC-135 pak tam..potong stim betul laa.. aku pun g la dapatkan pak tam..ingat pe ke halnya..rupa-rupanya pak tam nak collect RM2 seorang sebab orang 'atas-atas' nak soh beli pen dakwat basah..adoihai..macam-macam la peel nya dia orang ni..tak pe laa, aku bagi pn bagi le..terlintas kat otak aku ni pasal si naim.. "tak pe la, aku bayarkan skali naim punye, dia pun selalu jugak tlg aku.." cam tu le lebih kurang ayat pasif yang aku guna..tak bape lama kemudian.. JENG-JENG !!!jap minum air jap..tak lame pastu si naim ni pun blk ke pejabat...dengan senang hatinya dia cakap, tadi dia g beli kad 'touch n go' yang baru..so dia pun tanye aku.."ko nak tak yang lama ni ??" "leh jugak, ko nak kira bape dengan aku yang lama ni?..dah tak ada duit dalam ni baru ko nak jual kat aku??" kata aku berseloroh..si naim jawab "tak payah bayar, amek je, ada RM12 lg dalam tu"...Tengok!! dengan RM2 tadi aku tolong bayarkan untuk si naim,(sampai sekarang naim tak tau aku da bayarkan untuk dia) ALLAH dah bagi balik..5X ganda..Alhamdulillah..
yang satu lagi ni jadi 2-3 hari lepas..kat De Pecah Periuk ni tempatnya.. gini..masa aku datang kat kedai ni, selalunya aku akan order makan sekali..lepas puas meng'internet'kan diri aku, aku pn angkat kaki nak balik sebab besoknya aku kerja..aku makan nasi goreng, rokok Sampoerna A 14s dan air nescafe tarik.. bila nak bayar, abang tokeh ni kira RM9.++..terkejut aku!nape murah sangat ni? aku pun tanya la abang tokeh ni "rokok abg dah kira ke?'.."dah"jawab dia serba ringkas..dengan penuh kehairanan dan persoalan, aku pun bayar je laa..sampai aku kat rumah pun aku dok fikir lagi..nape le murah sangat aku belanje malam ni.. congak punya congak, aku rasa abg tokeh ni tak kira aku pun nasi tadi agaknya..tak pe, besok malam aku bayar harga nasi tu..pada malam esok nya tu, aku g laa kat kedai membawa bersama laptop kesayangan aku ni..aku tanya abg tokeh tu..kena tanya dulu bro!..sah! budak yang ambil order semalam tak tulis nasi goreng dalam kertas order tu....aku kang abg kira sekali...kata aku..Roger kata abg tokeh..tengah sedap melayari internet sambil menikmati juadah nasi goreng,kawan aku si Awang muncul dengan tiba-tiba nya..dia dari kajang, saja datang nak jenguk rumah dengan ikan dia kat rumah sini..(aku lah penjaga rumah dia)hati-hati kepada sesiapa yang berani buat onar kat rumah tu!! nanti aku sumpah jadi water vending machine! dia pun makan order jugak makan..lepas huha-huha borak dengan dia, Awang cakap nak gerak dah.. dia bayarkan aku punya makan sekali..Tengok!!rezeki aku, ingatkan malam tu perbelanjaan aku lebih sikit sebab nak bayar  balik nasi semalam, last-last bila aku tanya abg tokeh tu, dia cakap aku punya makan tadi dah settle.. aku tanya dia yang semalam punya? abg tokeh cakap "belum"..so, aku pun bayar yang semalam punya je.. Alhamdulillah..
moral dari sini sentiasa la kita berbuat kebaikan tanpa balasan..JANJI ALLAH itu pasti!!jangan sesekali diragui.. Assalamualaikum...

Dec 6, 2009

G-Force dalam sub Malay..

salam..hari ini aku suka nak berkongsi cerita animasi tajuk G-Force yang subtittle nya aku dah buat kat.. tapi, ia bukan 100% betul..cuma aku ikut citarasa aku..aku harap sape-sape yang tengok boleh enjoy cite ni.. bagi mereka yang boleh faham BI aku rasa xyah la susah nak baca sarikatanya tu..bagi yang x bape faham macam aku ni, moga-moga faham la ye..bukan apa, sekurang-kurangnya tak le menganga mulut tengok cite tapi x faham pe yang dorang cakapkan..tpi ni part1 je..part lain masih dalam progress..yang ni pun baru siap td je.. penat gak, tapi aku seronok wat benda ni..aku guna windiows movies maker je..untuk kawan-kawan yang suka dok umah cam aku, leh wat benda ni..kalau interested laa..sebab kadang-kadang bosan gak..whatever pun, i hope this video can help you all to enjoy the animation dengan subtittle melayu, aku guna bahasa pasar je ni... tunggu part2 akan datang......tp kena cari kat YOUTUBE.. aku dah upload dah..