Mar 25, 2009

Bertemu buku dengan ruas

Bertemu buku dengan ruas

Merujuk kepada seseorang atau kumpulan yang bertemu atau beradu tenaga atau berdepan sesama sendiri dan mempunyai kekuatan yang sama.
Kekuatan yang dimaksudkan bukanlah sahaja tergolong dalam bentuk tenaga fizikal, ia juga tergolong dalam apa jua bentuk sama ada dari segi akal fikiran ataupun keadaan tubuh badan dan juga lain-lain

Contoh ayat:

Hang Jebat "bertemu buku dengan ruas" apabila Hang Tuah kembali untuk menghapuskannya kerana menderhaka kepada Sultan Melaka

No comments:

Post a Comment