Dec 21, 2009

Apa dikisah...

Apa dikisah pada matahari
jika bulan tidak kau hargai;
Apa dikisah pada siang
jika malam tidak kau syukuri;
Apa dikisah pada kemarau
jika hujan tidak kau jagai;
Apa dikisah pada kekayaan
jika harta tak kau hormati;
Apa dikisah pada hidup
jika mati tak pernah kau ingati;
Apa dikisah pada teman
jika sahabat tak kau hiraukan;
Apa dikisah pada semmua
jika semua itu tak pernah nak kau sedari...

Dec 10, 2009

some peoples around me..


mereka yang di sekeliling aku......
Posted by Picasa

Dec 8, 2009

MESTI BACA!!!

sebenarnya aku malam ni tak nak keluar..ingat nak tidur awal, tapi pejam mata, mata tak mahu pejam.. adoihai.. last-last keluar la jugak kat DePecah Periuk Restoran ni...de wi-fi kat sini..laju jugak speed dia..so, malam yang syahdu ni aku nak berkongsi beberapa cerita yang bagi aku cukup menarik..JANJI ALLAH..jangan le risau, bukan heavy punya tajuk ni..bukan nak ceramah agama, tapi sekadar berkongsi cerita yang terjadi kat aku...
Jom kita mula kan...
Firstly aku nak cerita bab rezeki..perkara ni jadi kat aku 2-3 kali..masa jumaat..camni cite dia. kt tempat aku kerja ni, makan tengah hari dah ada tukang masak, so aku ni pulak jenis yang tak suka berasak-asak kat masjid nanti..dah jadi kebiasaan aku, kalau g jumaat aku nak tengaok muka khatib masa khutbah..jadi lepas keluar dari pejabat aku g mandi dulu, masa nak gerak ke masjid aku akan cakap kat diri aku, lepas jumaat kang baru makan, kalau de rezeki laa sebab kawan-kawan lain dah sebat dulu..tapi tak apa aku tak kisah, kalau ada rezeki tak kan kemana punya...lepas je aku abeh sembahyang aku singgah kat dewan makan tu, nah!kan aku dah agak..ada lauk punya, tapi kalau kata rendang ayam tu, yang tinggal cuma rempah je laa.. tapi tak apa, aku bedal je sebab ni rezeki aku hari ini..tengah sedap aku balun 'rempah' rendang ayam tu sambil mengelamun yang entah apa-apa,tup-tup keluar tukang masak sambil menjerit lalu berkata la dia yang berbunyi "woi! pae ada ko?? meh sini, kat dalam ni de lauk lagi..tengok!!kan aku dah cakap, kalau da rezeki aku tu,mesti ada punya, siap ngan lauk extra lagi si tukang masak tu wat..Alhamdulillah...moralnya disini, jangan kita risau sangat pasal makan-makan ni..insyaallah kalau da rezeki kita, mesti ada..sabar je..
Ok, sekarang nak cerita bab tolong pulak..jadi masa bulan puasa hari tu..aku dengan kawan pejabat aku si naim buat laa permohonan cuti raya..sambil-sambil buat tu timbul la cerita dulu-dulu zaman nakal menyusahkan mak bapak..dia dengan kisah dia, aku dengan kisah aku..terbahak-bahak le kami ketawa.. haha..tapi tak melampaui batas tau! nanti batal lak pose..lepas siap isi borang cuti,kami bagi kat kawan aku yang sorang lagi..pak tam..sebab dia yang akan mengusung borang cuti ni..keje dia..selang bape hari pastu, si naim tak ada kat pejabat..tinggal aku sorang je..tengah asyik masyuk buat kerja, maklum le nak cuti raya dah..keasyikan aku tu terganggu oleh pekikan hon motor yamaha LC-135 pak tam..potong stim betul laa.. aku pun g la dapatkan pak tam..ingat pe ke halnya..rupa-rupanya pak tam nak collect RM2 seorang sebab orang 'atas-atas' nak soh beli pen dakwat basah..adoihai..macam-macam la peel nya dia orang ni..tak pe laa, aku bagi pn bagi le..terlintas kat otak aku ni pasal si naim.. "tak pe la, aku bayarkan skali naim punye, dia pun selalu jugak tlg aku.." cam tu le lebih kurang ayat pasif yang aku guna..tak bape lama kemudian.. JENG-JENG !!!jap minum air jap..tak lame pastu si naim ni pun blk ke pejabat...dengan senang hatinya dia cakap, tadi dia g beli kad 'touch n go' yang baru..so dia pun tanye aku.."ko nak tak yang lama ni ??" "leh jugak, ko nak kira bape dengan aku yang lama ni?..dah tak ada duit dalam ni baru ko nak jual kat aku??" kata aku berseloroh..si naim jawab "tak payah bayar, amek je, ada RM12 lg dalam tu"...Tengok!! dengan RM2 tadi aku tolong bayarkan untuk si naim,(sampai sekarang naim tak tau aku da bayarkan untuk dia) ALLAH dah bagi balik..5X ganda..Alhamdulillah..
yang satu lagi ni jadi 2-3 hari lepas..kat De Pecah Periuk ni tempatnya.. gini..masa aku datang kat kedai ni, selalunya aku akan order makan sekali..lepas puas meng'internet'kan diri aku, aku pn angkat kaki nak balik sebab besoknya aku kerja..aku makan nasi goreng, rokok Sampoerna A 14s dan air nescafe tarik.. bila nak bayar, abang tokeh ni kira RM9.++..terkejut aku!nape murah sangat ni? aku pun tanya la abang tokeh ni "rokok abg dah kira ke?'.."dah"jawab dia serba ringkas..dengan penuh kehairanan dan persoalan, aku pun bayar je laa..sampai aku kat rumah pun aku dok fikir lagi..nape le murah sangat aku belanje malam ni.. congak punya congak, aku rasa abg tokeh ni tak kira aku pun nasi tadi agaknya..tak pe, besok malam aku bayar harga nasi tu..pada malam esok nya tu, aku g laa kat kedai membawa bersama laptop kesayangan aku ni..aku tanya abg tokeh tu..kena tanya dulu bro!..sah! budak yang ambil order semalam tak tulis nasi goreng dalam kertas order tu....aku kang abg kira sekali...kata aku..Roger kata abg tokeh..tengah sedap melayari internet sambil menikmati juadah nasi goreng,kawan aku si Awang muncul dengan tiba-tiba nya..dia dari kajang, saja datang nak jenguk rumah dengan ikan dia kat rumah sini..(aku lah penjaga rumah dia)hati-hati kepada sesiapa yang berani buat onar kat rumah tu!! nanti aku sumpah jadi water vending machine! dia pun makan order jugak makan..lepas huha-huha borak dengan dia, Awang cakap nak gerak dah.. dia bayarkan aku punya makan sekali..Tengok!!rezeki aku, ingatkan malam tu perbelanjaan aku lebih sikit sebab nak bayar  balik nasi semalam, last-last bila aku tanya abg tokeh tu, dia cakap aku punya makan tadi dah settle.. aku tanya dia yang semalam punya? abg tokeh cakap "belum"..so, aku pun bayar yang semalam punya je.. Alhamdulillah..
moral dari sini sentiasa la kita berbuat kebaikan tanpa balasan..JANJI ALLAH itu pasti!!jangan sesekali diragui.. Assalamualaikum...

Dec 6, 2009

G-Force dalam sub Malay..

salam..hari ini aku suka nak berkongsi cerita animasi tajuk G-Force yang subtittle nya aku dah buat kat.. tapi, ia bukan 100% betul..cuma aku ikut citarasa aku..aku harap sape-sape yang tengok boleh enjoy cite ni.. bagi mereka yang boleh faham BI aku rasa xyah la susah nak baca sarikatanya tu..bagi yang x bape faham macam aku ni, moga-moga faham la ye..bukan apa, sekurang-kurangnya tak le menganga mulut tengok cite tapi x faham pe yang dorang cakapkan..tpi ni part1 je..part lain masih dalam progress..yang ni pun baru siap td je.. penat gak, tapi aku seronok wat benda ni..aku guna windiows movies maker je..untuk kawan-kawan yang suka dok umah cam aku, leh wat benda ni..kalau interested laa..sebab kadang-kadang bosan gak..whatever pun, i hope this video can help you all to enjoy the animation dengan subtittle melayu, aku guna bahasa pasar je ni... tunggu part2 akan datang......tp kena cari kat YOUTUBE.. aku dah upload dah..

Dec 4, 2009

indah, jika kembali

Indah, jika kembali…
Indah, jika kembali harus bagaimana?.. bagaimana mencari indah.. jika tiada dirasakan indah, bagaimana? Kaburkah dunia?..indah sangat berharga; terlalu berharga sehingga boleh lupa seketika detik desir waktu mengengsot berlalu meninggalkan baki-baki masa...indah, jangan kau hilang dimata, rosak semua benda jika kau hilang walau seketika..indah itu tetap indah walau dimana walau apa pun jua..seketika merasa indah bagai sekelip mata menikmatinya..indah itu seperti detik jarum saat masa yang terlalu pantas gerinya..hingga mampu melintasi jarum lainnya setiap 60 detik kiraannya..indah itu rindu yang takkan sudah walau dimamah setiap detik ruang masa..bagaimana harus aku ungkapkan indah itu?.. kerana indah terlalu indah bagiku...pabila indah itu bertapak dimata hati, ia terus duduk diam disana..tiada yang indah lainnya..bagaimana aku tanpa indah??? Setiap saat berlalu masa, indah belum pernah hilang di kotak minda..cantik di pandang menjadi hambar dan tawar..umpana kopi yang tiada gula dan susunya..lebah tanpa madunya..setiap masa indah menjelma pasti debar akan turut sama hadirnya.. kenapa harus indah?soalan yang sesak di jawab kerana tiada kata dapat diucap, tiada rasa dapat dijamah..indah yang teristimewa..hadir tanpa diduga..indah jika kembalinya...dunia ana yang punya..malam semakin panjang bila indah tiada bersama..walau apa pun indah itu aku rasa..hanya aku yang tahu merasakannya kerana aku perlukan indah untuk melihat warna-warna dunia...indah seindah warna-warna yang menghiasi segala ruang di pelosok bumi..tiada warna akan bosan yang dirasa..semua tampak sama..hitam dan putih..sungguhpun hitam putih adalah sebahagian warna namun tidak sekali seindah warna-warni si warna...setiap hala pandangan mata, pasti warna-warni menghiasi  sekitarnya..begitulah indah yang selalu aku damba..inginkan yang indah-indah...walau tiada pastinya tapi mungkin ada tentunya..telah di cuba berbagai cara indah saja yang dicarinya.....indah jika kembali..kembalilah...jika ia indah.......//

Dec 3, 2009

03 dis 2009

hari ini seperti biasa aku jalani aktiviti harian - bangun tido - mandi - pergi kerja (aduhai kerja berlambak perlu dibereskan)..sungai buloh hujan..semalam kawan aku hampir maut kerana hampir-hampir dipanah petir berikutan   hujan lebat. Nasib dia baik petir hanya menyambar tiang besi khemah tempat dia dengan rakan-rakan lain berteduh. 4-5 orang rakan lain turut terasa arus elektrik yang terhasil dari panahan petir tersebut, ada yang terduduk, kekejangan tangan..kawan aku ini yang paling kuat merasakan arus elektrik tersebut. kerongkong jadi kekeringan, mujur rakan-rakan lain yang berteduh di bangunan berdekatan cepat bertindak dengan membawa kawan aku itu ke hospital sungai buloh. Alhamdulillah, kawan aku itu tidak mengalami perkara yang lebih buruk.